
![]() ► My Friends ► Islamic Corner
Facebook| Twitter| Tumblr| Formspring| ![]() ♔Assalamualaikum and hi. A girl name Rosewann Azeera. Islam is my way. I do loves pink. No one can understand my jokes except for my bestfriends cause we have our own swag. ![]() "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."۞ "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."۞ "Glorify Allah a hundred times by just saying 'Subhanallah' and a good deed will be written for you, or a thousand sins will be wiped away."۞ "Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal." ۞ "Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themself".۞ ![]() ![]()
Thanks for the all your compliments to my blog and I really appreciate all your comments. ![]() ![]() Template & Skin by : Husnaa. Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| 15 Ciri Wanita Syurga
Saturday, 19 November 2011 | 22:22 | 0 Comment
![]() 1. Bertakwa. 2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk. 3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu. 4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya. 5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya. 6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah. 7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat. 8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki. 9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya. 10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk. 11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah). 13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya. 14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua. 15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
|